Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - Filem Epik Melayu

Sudah lama rasanye tak menulis blog. Hampir sebulan lebih. Sibuk dengan assignments dan program persatuan kat kampus.. Hari ni paksakan diri gak untuk post sesuatu untuk blog ni.

Baru tiga malam lepas, berpeluang dapat tonton filem sejarah Melayu yang terbaru, Hikayat Merong Mahawangsa, terbitan KRU Studios. Baru je ditayangkan beberape hari. Sebab dengar banyak maklum balas yang baik dari kawan2, maka ambe dengan kawan2 ambe (boleh kata junior ambe la..hu2) dengan gegeh... bukan, gigih...huhu.. pergi ke GSC Alamanda Putrajaya untuk tengok filem ni. Sebenornye, dah cuba nak tengok malam sebelumnye, tapi dah penuh. Memang doh sebab filem baru kuar beberape hari.

Punyalah penat duk beratur, last2 dengar tiket untuk jualan biasa habis, tinggal yang reserved je.. Hatta, dengan gigihnye beratur utk kali kedua. Alhamdulillah, sempat gak sambar tiket utk tonton filem ni.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa ni mengisahkan sorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa. Beliau dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Diceritakan dalam tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China di bawah Dinasti Han.

Ketika angkatan Rom membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta bantuan Merong Mahawangsa bagi iringi Putera Rom ke Langkasuka utk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, adanye puak lanun dari Geruda yang menyerang angkatan tentera Rom dan China yang berkampung di Langkasuka ketika itu. Mereka menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Kalu nak tau kesudahan filem ni, kene gi tengok sendiri kat pawagam.

Kalu ditanya tentang komen, ambe boleh kata filem ini memang bagus. Jalan cerita yang baik, ditambah dengan grafik janaan komputer yang canggih. Lakonan para pelakon utamanya memang mantap. Tak keterlaluan jika ambe cakap filem ni setanding dengan filem2 Hollywood dan negara luar. Cuma, ambe rasa pelakon2 sampingan yang ramai2 tu, sesetengahnya berlawan macam tak bersungguh je. Grafik pun ade nampak kaku dalam sesetengah babak. Filem ni boleh diperbaiki lagi. Apepun, tahniah kepada Yusry dan KRU Production sbb hasilkan filem yang boleh dianggap filem epik Melayu. Semoga mu semua terus hasilkan filem2 bermutu pada masa depan.


(Tak sabar nak tengok filem seram terbitan KRU, KaraK yang akan menyusul tak lama lagi.. :D)

Sunday, January 30, 2011

Ricky Martin perjuangkan persamaan hak dan kebebasan dalam lagu terbaru

Ricky Martin muncul dengan lagu terbarunya - The Best Thing About Me Is You. Apa yang boleh ambe cakap pasal lagu ni, lagu ni nak 'highlight'kan persamaan hak dan kebebasan manusia. Kalau dilihat daripada klip video lagu ni, pelbagai golongan manusia ditonjolkan seperti wanita muslim, lelaki gay, perempuan gothick, lelaki kembar, perempuan berkulit gelap dan lain2 lagi.. Motif lagu ni, walaupun kita berbeza bangsa, agama, budaya dan bahasa, kita semua adalah sama, manusia. Tiada sorang pun yang melebihi satu sama lain. Pada pendapat ambe, Ricky Martin sendiri sebagai seorang gay memperjuangkan konsep persamaan dalam manusia. Tidak kira sama ada orang tu normal, gay, biseksual atau sebagainya, setiap orang ada hak dan kebebasan sendiri. Memang bagus lagu ni sebagai salah satu usaha untuk memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat dunia. Tapikan, kesamaan ni susah nk dipraktikkan kat Malaysia ni.. Yelah, boleh ke kita terima kalau orang tu seorang Melayu beragama Islam dan mengaku gay??? Apepun, layan jah lagu ni. Lagu ni membawa mesej yang bagus dan berguna, tak macam kebanyakan lagu2 USA yg lain, semua pasal seks, disko ataupun keganasan je. Menyampah..


(Gambar dipetik dari directlyrics.com)

Lirik lagu Ricky Martin - The Best Thing About Me Is You

Love, Equality, Justice, Innocence, Malice, Refuge, Opression, Freedom
You, me
We're equal

(Ricky Martin)
I'm as happy as I can be
'Cause I’m allergic to tragedy
The doctor says something’s wrong with me
The smile on my face has no remedy

So baby, don’t say no
Come on and just say yes
You know it’s time to keep it simple
Let’s take a chance and hope for the best.

Life is short, so make it what you wanna
Make it good, don’t wait until manana
I think I’m cool cause your name’s on this heart shaped tattoo.
Now the best thing about me is you
Oooooh

(Joss Stone)
My crying days are now history (history)
I had a change of philosophy (philosophy)
I take each day as it comes to me
And I won’t take myself all that seriously

So Babe, don’t say no
Come on and just say yes
You know it’s time to keep it simple
Let’s take a chance and hope for the best

Life is short, so make it what you wanna
Make it good, don’t wait until mañana
I think I’m cool cause your name’s on this heart shaped tattoo.
Now best thing about me is you

It’s you (whoa oh)
Now the best thing, the best thing
It’s true. (whoa oh)

(Ricky Martin and Joss Stone)
Kick off your shoes, lay back, and take a load off
Give me your blues, let me love it away
Nothing to lose, so don’t act like such a grownup
Stay out all night in the moonlight with me

Don’t say no.
No, no. don’t say no.
Just say yes.
Come on and just say yes.
You know it’s time to keep it simple
Let’s take a chance and hope for the best

Life is short, so make it what you wanna
Make it good, don’t wait until mañana
I think I’m cool cause your name’s on this heart shaped tattoo.
Now the best thing about me is you

It’s you
Now the best thing, the best thing, the best thing
About me is you
Now the best thing about me is you.
The best thing about me is you.
The best thing about me is you.


Siti Nurhaliza disyor jadi duta pererat Malaysia - Indonesia

Tengah duk baca Berita Harian Online, tiba2 terjumpa berita tentang penyanyi kesukaan ambe, Dato' Siti Nurhaliza. Menurut berita tersebut, Dato' Siti Nurhaliza disyorkan untuk menjadi duta pererat hubungan Malaysia-Indonesia. Isi berita:-


















Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Planet Muzik 2009 di JCC, Indonesia.
(Gambar dipetik daripada KapanLagi.com)


BANDUNG: Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadang-kala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di rantau Nusantara.

Cadangan itu dikemukakan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berikutan penerimaan besar masyarakat terhadap Siti Nurhaliza. "Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau (Siti Nurhaliza) diterima masyarakat kerana gelar itu akan menjadi abadi," kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui BERNAMA di sini, semalam. Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara menyuarakan cadangan itu ketika memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) serta berharap semua pihak di kedua-dua negara dapat menerima positif cadangan itu.

Seminar sehari anjuran Iswami itu dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan itu, Saiful Hadi berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk ‘mendinginkan’ suasana ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia.

"Tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan," katanya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang juga Presiden SimplySiti Sdn Bhd berkata, beliau berminat mengembangkan perniagaannyake negara yang mempunyai kira-kira 240 juta penduduk sekali gus memenuhi harapan peminat di Indonesia.

Siti Nurhaliza menjadi salah seorang penceramah di SEMI 10, turut membawa sampel produk SimplySiti yang diletakkan di ruang pameran.

- Sumber dari Berita Harian Online


Molek bebenor la cadangan tu. Dato' CT memang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Sejak kemunculan Dato' CT di Indonesia pada tahun 1997, nama beliau terus mekar dan mengumpul ramai peminat di negara seberang itu. Bahkan, banyak album beliau mencatat jualan yang bagus di sana, sampai ada yang mencatat jualan platinum. Diharapkan Dato' CT dapat menjadi pihak yang dapat merapatkan kembali hubungan Malaysia-Indonesia yang sangat2 renggang dan keruh akibat beberapa isu sebelum ini.

Pau Berinti Kelapa

Haa, satu lagi resepi yang ambe nok kongsikan dengan pembaca2 blog ambe... Pau ni salah satu jenis makanan yang agak populer kat Malaysia nih.. Asal makanan ini adalah makanan orang Cina. Sama macam nasi ayam, tapi nama pun 1 Malaysia, makanan2 dari setiap etnik di Malaysia dapat dinikmati bersama..
Kalau kat rumah pun, mak ambe slalu jugok buat pau ni... Senang je, tak susah sangat.. Tapi, dok dapatlah ambe masok sendiri, maklumlah duk kat kolej ni ada peraturan tak boleh masak... Takpe2, meh ambe nak kongsikan resepinye:-











(Gambar - kredit untuk eiramalik.blogspot.com)

Bahan-bahan:-

- Doh -
1 kilogram tepung gandum
1 paket ibu roti/yis
1/2 sudu kecil garam
3 cawan air suam
2 sudu makan planta
2 sudu makan minyak masak
Plastik atau daun pisang
2 sudu kecil gula pasir

# nota:- nak lagi sedap, boleh campurkan 2 sudu makan susu pekat manis ke dalam adunan doh

- Inti -
1/2 biji kelapa parut (bahagian putih sj)
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam halus
1 cawan air
2 helai daun pandan (ikatkan)
1 sudu besar tepung jagung/tepung gandum


Cara-cara:-

(Siapkan inti dahulu sebelum membuat doh)

- Inti -
1. Masukkan air, gula merah & gula pasir ke kuali. Masak di atas api yang sederhana sehingga semua gula hancur. Tapiskan.
2. Masukkan kelapa parut, daun pandan, garam & tepung jagung ke dalam air gula tadi. Kacau rata.
3. Masak campuran semua bahan-bahan tadi di atas api & kacau selalu untuk mengelakkan hangus. Masak sehingga inti tidak berair lagi.

- Doh-
1. Campurkan tepung gandum, planta dan susu dalam mangkuk besar. Ramas sehingga sebati.
2. Air suam, gula, garam dan ibu roti/yis disatukan dalam bekas lain. Biarkan sebentar sehingga berbuih.
3. Setelah itu, tuang campuran ibu roti/yis dan air tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung, sambil diuli perlahan-lahan sehingga menjadi doh.
4. Kemudian, masukkan minyak masak, uli sehingga rata.
5. Jika adunan melekat di tangan, tabur sedikit tepung. Hempas adunan sebanyak 30-40 kali..
6. Rehatkan adunan selama 10minit - 15minit.
7. Siapkan plastik atau daun pisang untuk buat alas pau.
8. Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan inti kelapa. Kemudian, tutup inti tersebut dan bulatkan doh itu. Bahagian pau yang ditarik dibahagian bawah manakala bahagian yang licin dijadikan bahagian atas pau. Letakkan di atas alas pau dan susun di dalam tempat kukusan. Biarkan pau mengembang selama 30 minit lagi.
9. Panaskan kukusan. Apabila air mendidih, letakkan bekas pengukus yang mengandungi pau ke atas pengukus dan tutup. Masak selama 5 - 7 minit. Jangan masak terlalu lama.
10. Keluarkan pau, keringkan pau atas surat khabar.
11. Pau sedia untuk dimakan.

Slamat mencuba... =)

Kemalangan maut bas ekspres berlaku lagi

Bas ekspres bertembung lori baja, dua penumpang bas termasuk ibu mengandung maut.














Bahagian depan bas yang remuk selepas berlanggar dengan lori baja, di kilometer 4, Jalan Tatau-Bintulu pada jam 6.30 pagi, 29/01/2011. (Gambar dipetik daripada Berita Harian Online)


MIRI: Dua penumpang termasuk seorang ibu mengandung maut, manakala empat lagi cedera parah, apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah lori baja, selepas bas berkenaan hilang kawalan akibat tayar depan kirinya pecah dan meletup secara tiba-tiba, dalam kejadian di Kilometer 4, Jalan Bintulu-Tatau, pada kira-kira jam 6.15 pagi semalam. Mangsa yang meninggal dunia dikenali Cheria anak Menua, 39, yang mengandung enam bulan dan berasal dari Rumah Jamil, Tatau, serta seorang warga India, Ranjit Singh, 55. Ranjit meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Cheria yang parah dalam kejadian itu meninggal dunia pada jam 8.30 pagi semalam di Hospital Tatau.

Dua pemandu bas termasuk pemandu gantian parah, selain dua penumpang, dengan pemandu lori serta sembilan penumpang lain cedera ringan, dengan kesemuanya dirawat di Hospital Bintulu.

Setakat petang semalam, polis belum dapat mengambil keterangan daripada pemandu bas berkenaan berikutan keadaannya yang parah dan identiti mereka yang parah juga belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Tatau, Wan Zai Zodin Wan Jaafar berkata, dalam kejadian awal pagi itu bas ekspres berkenaan dilaporkan hilang kawalan selepas satu daripada tayar hadapan meletup.
Pemandu bas itu katanya, gagal mengawal kenderaannya dan merempuh sebuah lori baja yang datang dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuching ke Miri, dengan polis masih menjalankan siasatan lanjut, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nahas itu juga menyebabkan laluan Bintulu-Tatau sesak lebih dua jam berikutan dua kenderaan berat yang terbabit dalam nahas itu menghadang jalan, selain serpihan beberapa bahagian bas dan barangan penumpang, yang bertaburan di jalan raya.

- Sumber dari Berita Harian Online


Kemalangan maut membabitkan bas berlaku lagi... Malaysia tidak akan pernah sunyi daripada kes kemalangan maut membabitkan bas ekspres, pasti akan berlaku setiap tahun. Semoga keluarga mangsa tabah mengharungi dugaan ini.

Saturday, January 29, 2011

Puding Kastad Jagung

Hari ni ambe nok kongsi satu resepi puding yang senang bebenor nak dibuat, iaitu Puding Kastad Jagung. Masa duk rumoh, mak slalu jugok masak puding ni... Puding ni memang salah satu pencuci mulut feveret ambe... Skarang, disebabkan ambe duk jauh dengan rumah, ambe pulok yang masak untuk makan sendiri..ehehe.. Kekadang kongsi jugak dengan kengkawan... Baeklah, ni resepinye:-













(Gambar - kredit kepada erna@myresipi.com)

Bahan-bahan:-

1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
1 cawan jagung dalam tin
1 tin susu cair bersama 3 1/2 cawan air

# nota:= susu cair boleh diganti dengan:
- 5 sudu susu tepung bersama 5 cawan air
- 1/2 tin susu pekat bersama 4 cawan air
- 5 cawan santan

Cara-cara:-

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk atau kuali. Kacau sampai sebati
2. Masak di atas api yang sederhana, sambil sentiasa dikacau sehingga likat dan berkilat.
3. Apabila telah mendidih, masukkan ke dalam loyang atau acuan.
4. Sejukkan puding. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk.
5. Sedia dihidang atau dinikmati.

Slamat mencuba... =)

Kemaskini lagi..

Da sebulan lebih tak kemaskini blog ambe ni... Maklumlah, sem baru dah start, jadi keja2 pun da mula mencurah2 datang... Insya-Allah, akan gigih untuk kemaskini blog tanpa meninggalkan tanggungjawab pada pelajaran... =)