Saturday, January 29, 2011

Puding Kastad Jagung

Hari ni ambe nok kongsi satu resepi puding yang senang bebenor nak dibuat, iaitu Puding Kastad Jagung. Masa duk rumoh, mak slalu jugok masak puding ni... Puding ni memang salah satu pencuci mulut feveret ambe... Skarang, disebabkan ambe duk jauh dengan rumah, ambe pulok yang masak untuk makan sendiri..ehehe.. Kekadang kongsi jugak dengan kengkawan... Baeklah, ni resepinye:-













(Gambar - kredit kepada erna@myresipi.com)

Bahan-bahan:-

1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
1 cawan jagung dalam tin
1 tin susu cair bersama 3 1/2 cawan air

# nota:= susu cair boleh diganti dengan:
- 5 sudu susu tepung bersama 5 cawan air
- 1/2 tin susu pekat bersama 4 cawan air
- 5 cawan santan

Cara-cara:-

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk atau kuali. Kacau sampai sebati
2. Masak di atas api yang sederhana, sambil sentiasa dikacau sehingga likat dan berkilat.
3. Apabila telah mendidih, masukkan ke dalam loyang atau acuan.
4. Sejukkan puding. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk.
5. Sedia dihidang atau dinikmati.

Slamat mencuba... =)

No comments:

Post a Comment