Sunday, January 30, 2011

Siti Nurhaliza disyor jadi duta pererat Malaysia - Indonesia

Tengah duk baca Berita Harian Online, tiba2 terjumpa berita tentang penyanyi kesukaan ambe, Dato' Siti Nurhaliza. Menurut berita tersebut, Dato' Siti Nurhaliza disyorkan untuk menjadi duta pererat hubungan Malaysia-Indonesia. Isi berita:-


















Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Planet Muzik 2009 di JCC, Indonesia.
(Gambar dipetik daripada KapanLagi.com)


BANDUNG: Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadang-kala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di rantau Nusantara.

Cadangan itu dikemukakan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berikutan penerimaan besar masyarakat terhadap Siti Nurhaliza. "Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau (Siti Nurhaliza) diterima masyarakat kerana gelar itu akan menjadi abadi," kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui BERNAMA di sini, semalam. Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara menyuarakan cadangan itu ketika memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) serta berharap semua pihak di kedua-dua negara dapat menerima positif cadangan itu.

Seminar sehari anjuran Iswami itu dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan itu, Saiful Hadi berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk ‘mendinginkan’ suasana ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia.

"Tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan," katanya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang juga Presiden SimplySiti Sdn Bhd berkata, beliau berminat mengembangkan perniagaannyake negara yang mempunyai kira-kira 240 juta penduduk sekali gus memenuhi harapan peminat di Indonesia.

Siti Nurhaliza menjadi salah seorang penceramah di SEMI 10, turut membawa sampel produk SimplySiti yang diletakkan di ruang pameran.

- Sumber dari Berita Harian Online


Molek bebenor la cadangan tu. Dato' CT memang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Sejak kemunculan Dato' CT di Indonesia pada tahun 1997, nama beliau terus mekar dan mengumpul ramai peminat di negara seberang itu. Bahkan, banyak album beliau mencatat jualan yang bagus di sana, sampai ada yang mencatat jualan platinum. Diharapkan Dato' CT dapat menjadi pihak yang dapat merapatkan kembali hubungan Malaysia-Indonesia yang sangat2 renggang dan keruh akibat beberapa isu sebelum ini.

No comments:

Post a Comment